Tuesday, May 21, 2013

UPM DIHATIKU

assalamualaikum w.b.t.....

sedar tak sedar,dah 3 tahun aku menimba ilmu kat sini.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dengan izinNya.. segala memori sepanjang aku disini tak mungkin aku lupakan.. sepanjang keberadaan aku disini banyak perkara yang terpaksa aku tempuhi.. terima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang selalu berada disamping aku selama ini... aku tak akan sesekali lupakan korang... 

sedih pulak aku... dah masuk minggu ke-13 rupanya kan.... maknanya aku dah kekurang masa untuk terus berada disini .. poyo je aku ni.. hahaha... maka selepas ini tamatlah pengajian aku selama 3 tahun ... sungguh tak sangka.. cepat pulak rasanya masa ni berlalu... UPM is the bestlah... UPM telah memanusiakan aku... sepanjang aku kat sini banyak tempat jugak aku melancong dengan kawan-kawan.. hahha .. bab orang kata masa duduk universiti ni je untuk jalan-jalan cari makan bila dah masuk alam kerja dah tak dapat lalui semua nie..

terlalu banyak memori sepanjang aku disini hingga aku tak mampu nak luahkan.. anugerah ini terlalu indah untuk aku ratapi.... wah.. tak sabar pulak aku nak konvo.. hahaha.. maklumlah akan berjubah bagai dan dihadiri orang-orang tersayang.. fuh bangga gila aku.. hahah.. poyo je semua ni

ni antara gambar-gambar sepanjang aku berada di UPM Serdang ... maaf kawan-kawan semua aku tak dapat masukkan semua.. banyak kot... korang semua merupakan anugerah yang terindah untuk aku....













No comments:

Post a Comment